Wednesday, January 16, 2013

Sharifah Zohra Jabeen vs Bawani KS


Qis sebenarnya tak tahu isu nie..sehingga la member group bagitau sambil menyanyi
"Listen listen listen..animal got a problem"
ingatkan lirik lagu baru..pelik jugak dengar sebab takde keluar kat radio pun..hehe!

then Qis pun tanya Mr.Goole..terjawab sudah isu ini..
rupanya ada forum yang diadakan di UUM
mengenai "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik"

Bawani mengutarakan soalan:
keputusan mahkamah tentang Bersih
mengapa Malaysia tidak mampu untuk menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain

belum habis Bawani bercakap tetapi telah dihalang oleh Sharifah Zohra Jabeen, presiden organisasi Suara Wanita 1 Malaysia atau SW1M

korang dah tengok video tuh? meh tengok..



nie versi panjang punye..takde cut2..so boleh dengar sampai penggulungan..huhu~



so buat la kesimpulan sendiri..
uloss boleh baca komen dari rakyat malaysia di youtube nie..
bagi saya, saya hanya mampu tersenyum sahaja :)


Read More »

Tuesday, January 15, 2013

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik & ILKA


borang permohonan ke IPTA, Politeknik dan ILKA bagi sesi akademik 2013/2014 sudah dibuka. ia dibuka pada 7 Januari sehingga 15 April 2013

untuk memohon/mendaftar, sila ke laman web berikut:


bagi yang nak memohon tu, sila fikir dengan betul..yang mana kecenderungan kebolehan anda. kalau masih berasa was2..sila jumpa pakar kaunselor atau pun jumpa je kaunselor sekolah uols..boleh jer.

p/s: teringat mase mohon upu dulu..mula2 konon nak jadi nurse..pharmasict laa..alih2 dapat cekgu..rezeki masing2.. :)
Read More »

Wednesday, January 09, 2013

Novel: Siapa Orang Gajiku


Judul: Siapa Orang Gajiku
Penulis: Azimah Lily
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM 21

Sinopsis

Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.

Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iska
ndar.

“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah

"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar

"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” – Sharifah Aina Aishah

Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.

Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?

review:

bagi cik balqis, novel nie memang awesome! sangat menarik perhatian..gelak xhenti2! tindakan Aina nak memujuk Haikal kembali ceria seperti dulu selepas putus cinta memang best. idea gile2 punya la..hahaha. Aina memang bijak mengawal Haikal..mempengaruhi Haikal untuk keluar dari bilik daripada berkurung. buatkan Haikal mandi dan mengemas diri. yela, sebab tu namanya Dr. Aina Aishah kan? tak sia2 dia belajar sampai PhD. hehe! last2 Haikal suka jugak pada orang gajinya, walaupun lambat tetapi dapat jugak Aina akhirnya. yela, orang kaya kahwin dengan orang kaya..mak ayah pun cepat je setuju..hehe!

walaupun cerita nie berkisar mengenai keluarga orang kaya2..tapi ada unsur2 kebaikan dan nilai2 murni yang diterapkan. seperti menolong anak2 di rumah anak2 yatim. Aina sanggup menjadi orang gaji di rumah Haikal semata2 nak dapatkan duit untuk melabur di rumah anak2 yatim. mana ada orang zaman sekarang buat camtu lg? kesedaran kita amat penting..kalau ada rezeki lebih, boleh la salurkan kepada orang yang memerlukan.

nak kenal penulis, boleh ke blog beliau:

nak baca novel secara online pun boleh:
[link]

nak beli secara online, boleh klik link di bawah [ada diskaun]:
[link]
Read More »

Sunday, January 06, 2013

pemilik suara Doraemon, Boboi Boy, Naruto dan Ultraman

tadi dok godek2 laa ape video terkini kan..terjumpa laa video pasal pemilik suara sebenar doraemon, naruto, boboi boy dan ultraman..da lama tengok kartun nie semua tapi tak tahu suara pemilik sebenar kan..hehe!



mereka ditemubual di rancangan Awie iaitu "Tunggu Sekejap" tak silap Qis la..

nie full version punya..versi interview..panjang jugak dalam 10 minit



nie video yang pendek..hanya ada suara mereka sahaja:



nak tengok klik je play..hehe! yang best mesti la Doraemon kan! tebaik..hehe!

Read More »

Buffered Earning lagi..alhamdulillah!

: assalamualaikum :

seperti title di atas [da macam surat rasmi..haha]..qis dapat BE lagi..alhamdulillah bagi kepercayaan pada blog qis yang tak seberapa ini ye..maklumlah dah makin busy..takde masa nak update blog selalu macam dulu dah..hehe (n_n)v


so qis nak ucapkan thanks to ads yang bagi BE nie:

68-th BE:

Sunway Education Application


yelah kan..sesiapa yang da lepas SPM tuh rasa2 tak nak tunggu result bley je mohon..hahaha..
Sunway University nie salah satu universiti swasta yang boleh dikatakan gah sebaris dengan Lim Kok Wing University jugak la..rasa2 nak belajar di universiti swasta boleh je apply kat sini..macam2 program ada di sini.

nak tahu lebih lanjut boleh ke [link] ini


69th-BE:

Digi DEP Golden Disk Award


oo..rupa2nya ada konsert ke tak lama lagi? qis baru tau..hahaha~

 


artis korea nak datang malaysia rupanya pada 15 dan 16 Januari 2013 di Sepang International Circuit..mesti laku tiket diorg nie nanti..tengok la senarai artis..ada Shinee, Beast, FT Island, Super Junior, tu semua nama2 yang memang popular kt Malaysia kan..untung laaa..ishk3..


Read More »

Friday, January 04, 2013

Malaysia Bakal Tenggelam Pada 2022


kalau malaysia tenggelam..mungkin ini keadaannya barangkali?




antara kawasan2 yang berisiko tinggi ditenggelami kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

dah ramai yang membincangkan tentang hal nie di dalam blog2 lain..bagi saya ada betulnya..semuanya disebabkan oleh pemanasan global yang semakin berleluasa..



Pakar geologi, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, risiko itu timbul kerana kejadian ais cair di pulau berhampiran Kutub Utara tersebut jika berterusan boleh menyebabkan paras air laut termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka meningkat.“Apabila air laut meningkat maka daratan Malaysia akan ditenggelami air laut terutama kawasan pesisir pantai yang berada pada kedudukan rendah.

Imej satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan hampir 97 peratus permukaan glasier di Greenland mula mencairIbrahim berkata, fenomena pemanasan global menjadi punca lapisan ais di Greenland cair dan ini telah mengakibatkan paras air laut di Malaysia meningkat satu hingga dua milimeter setiap 10 tahun.
Sumber: Kosmo Online
kalau secara logiknya, kawasan Malaysia mungkin akan tenggelam mestilah yang berada berdekatan dengan pesisiran pantai..keseluruhan pantai kita mungkin akan tenggelam..Singapura kemungkinan akan tenggelam juga..tiada lagi Pulau2 peranginan seperti Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Pangkor, etc. hurmm..teringat kejadian yang baru2 terjadi..Kuantan pun boleh banjir kan..Port Dickson pun mengalami keadaan yang sama dulu..itu baru banjir..belum tenggelam lagi..banjir pun kira dah seram..

pemanasan global nie bukan perkara baru lagi bagi kita..kita je yang tak sedar kebanyakan barang2 yang kita gunakan menyumbang kepada kejadian pemanasan global..kita sebenarnya kurang kesedaran tentang isu ini..pemanasan global, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon..semuanya berkait rapat..so, bagaimana caranya?
banyak cara2nya..uolss bole google jer..rajinkan membaca..ambil pengetahuan. yang paling penting, kita kenalah jugak menyokong "Earth Hour"..dan rasanya kena buat Earth Hour dengan lebih kerap..jangan asyik nak pandang remeh je..kononnya kita tutup semua elektrik tuh langsung tak membantu, membuang masa je..sebenarnya ada implikasinya..kalau tak kenapa ada kempem sebegitu kan? lepas tu, penanaman semula pokok dan menyokong kempen "Green Earth Day"..yang ada tanah2 di kawasan rumah tu..boleh la menanam pokok..sebabnya? untuk mengurangkan gas karbon dioksida di udara..secara tak langsungnya mengurangkan kesan rumah hijau..selain itu kawasan rumah uolss akan rasa sejuk n nyaman. then, rumah uolss yang masih lagi memakai mentol, boleh anda tukarkan kepada penggunaan lampu pendaflour sebab ia menjimatkan tenaga. emm..banyak lagi cara2 yang anda boleh buat..
selamatkan la bumi kita..





Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®