Wednesday, July 05, 2017

Tugasan Geografi PT3 2017: Potensi Memajukan Kawasan Kajian

CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017

CONTOH JAWAPAN




3. Potensi untuk memajukan kawasan berlorek.



Bahan Grafik dari Borang Soal Selidik



Contoh membuat analisa daripada borang soal selidik:

JADUAL 3: JADUAL MENGENAI POTENSI UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN DI TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN

Potensi
Kekerapan
Pertanian
9
Pelancongan
8
Pusat Perniagaan
2
Jumlah
20

Sumber: Responden-responden yang disoal selidik


Carta Bar daripada hasil borang soal selidik



Antara beberapa cadangan kawasan yang berpotensi untuk dimajukan adalah kawasan hutan belukar tepi jalan utama, kawasan lombong, kawasan paya bakau, kawasan kebun pokok getah atau kebun-kebun kelapa sawit. Antara cadangannya adalah seperti berikut :

1. Pembinaan rumah pangsapuri / rumah teres / kondominium (taman perumahan)

Contoh huraian:
Kawasan tanah pamah sesuai dijadikan kawasan penempatan utama. Taman Seri Kelemak turut berpotensi untuk dijadikan kawasan petempatan. Sememangnya kawasan kampung ini mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi. Dengan keadaan bentuk muka bumi yang rata dan luas, ia memudahkan untuk membina petempatan di kawasan ini.

2. Pembinaan MRT / LRT / komuter / Keretapi

Contoh huraian:
Kemudahan pengangkutan bas / LRT / teksi memudahkan penduduk untuk berulang alik ke tempat kerja dan sekolah.

3. Bangunan pasaraya / pusat membeli-belah / restoran segera

Contoh huraian:
Dua orang responden yang berbangsa Melayu berpendapat bahawa kawasan ini sesuai sebagai kawasan perniagaan. Terdapat sebuah Pasaraya Giant di sini dan tidak lama lagi, sederet rumah kedai akan dibina di kawasan ini yang menjadikan kawasan ini sebagai kawasan yang berpotensi untuk menjalankan kegiatan perniagaan.

Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Kampung Raja telah menggalakkan aktiviti-aktiviti perniagaan. Terdapat ramai usahawan–usahawan yang membuka perniagaan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah kedai makan,butik, kedai runcit dan servis seperti kedai gunting rambut, dobi pakaian dan bengkel. Oleh itu, ramai penduduk di sini menjalankan aktiviti perniagaan.

4. Pembinaan jalan raya / lebuhraya

Contoh huraian: 
Kawasan ini mempunyai tanah yang rata dan ia sememangnya sesuai dan mudah untuk membina kemudahan jalan raya di kawasan ini. jalan raya dan landasan kereta api lebih mudah dibina kerana ia hanya melibatkan kos yang rendah.

5. Bangunan kerajaan - sekolah, balai polis, balai bomba atau pejabat

Contoh huraian: 
penduduk di Kampung Raja terlibat di dalam bidang perkhidmatan kerana di kawasan Kampung Raja terdapat beberapa sekolah menengah, sekolah rendah, MRSM dan Institut Perguruan iaitu Institut Perguruan Sultan Mizan. Oleh itu, ramai penduduk di sini terlibat dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar di tempat–tempat tersebut.

6. Kemudahan infrastruktur - surau, taman permainan, stesen bas

Contoh huraian:
Kawasan tanah pamah juga sesuai dijadikan tempat pembinaan jalan raya dan kemudahan-kemudahan sosial. Kemudahan sosial yang disediakan ialah seperti tempat perhentian bas dan satu lagi yang dibina oleh kerajaan ialah dewan serbaguna. Kemudahan yang lain seperti perkhidmatam awan juga diadakan.

Kawasan tanah pamah juga dibangunkan untuk membina sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hamidiah Kampung Kenayat. Dengan masjid ini penduduk lebih senang untuk mengerjakan solat berjemaah dan solat jumaat tanpa bersusah untuk ke masjid yang lebih jauh.

7. Pembinaan empangan

Contoh huraian:
Sungai yang mengalir deras di bahagian hulunya sesuai digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrk. Di sepanjang bahagian hulu sungai boleh dibina empangan bagi tujuan ini. Sungai-sungai lain yang panjangnya 30 kilometer turut mempunyai potensi untuk penjanaan kuasa elektrik. Pembinaan empangan akan menambahkan bekalan elektrik.

8. Kawasan kegiatan ekonomi - industri, pertanian, pelancongan, pembinaan

Contoh huraian:
Taman Seri Kelemak mempunyai banyak potensi bagi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan ini. Selain itu, kawasan Taman seri Kelemak turut berhampiran dengan kegiatan perindustrian

Kawasan tanah tinggi berpotensi untuk bidang perindustrian, dengan mendirikan sebuah kilang melebur batu-bata. Batu yang boleh dilebur di kilang ini seperti batu granit dan batu kapur. Kilang ini boleh dibina di kampung ini untuk melebur batu-bata yang kecil mahupun yang besar saiznya. Batu-batan lebur akan dijual kepada pengguna untuk dijadikan salah satu binaan yang penting.

Pembekal kayu bakau - kawasan pinggir laut yang berpaya-kayu bakau digunakan sebagai cerucuk bangunan, kayu api dan kayu arang.

Selain itu, kampung ini sememangnya mempunyai potensi bagi kegiatan pertanian terutamanya kegiatan penanaman buah naga dan getah. Hal ini demikian kerana jenis tanih aluvium dan kawasan yang rata serta luas.

Kawasan tanah pamah yang subur ini sesuai dijadikan kawasan pertanian. Tanam-tanaman yang sesuai ditanam ialah sayuran seperti sawi, ubi, kacang panjang dan lain-lain lagi. Jenis tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian ialah Kampung Gelegoh lama. Kawasan tanah pamah yang terletak ditebusguna adalah dianggarkan keluasan sebanyak 5 hektar. 

Di kawasan tanah tinggi sesuai dimajukan untuk kegiatan pertanian. Teh dan tanaman hawa sederhana sesuai ditanam di sini. Di kawasan tanah tinggi mempunyai suhu dan keadaan yang sesuai untuk pertanian yang berpotensi juga untuk dimajukan. Kawasan ini mungkin perlu dibuat teres dan diratakan terlebih dahulu untuk dijadikan kawasan pertanian.

Di kawasan tanah beralun, terdapat getah dan kelapa sawit  yang ditanam di kebun kecil atau di lading kepunyaan FELCRA dan RISDA. Getah amat sesuai ditanam di kawasan tanah beralun yang bersaliran baik. Penduduk kampung di sekitar Bandar Kuala Berang terlibat dalam kegiatan ini.

Kawasan bekas lombong juga mempunyai potensi untuk dijadikan kawasan pertanian dan penternakan ikan air tawar. Contohnya kawasan bekas lombong di sekitar Ipoh yang ditebus guna sebagai kawasan kebun sayur, buah-buahan dan dijadikan kawasan ternakan ikan.

Pengairan dan kegunaan domestik: 
  • Tebing sungai menjadi daya tarikan untuk penduduk bersawah padi dan sungai menjadi jalan pengangkutan yang baik dan murah. Para penduduk amat bergantung kepada sungai ini. 
  • Tasik yang begitu luas memberi manfaat kapada penduduk untuk menjalankan aktiviti perikanan kerana tasik ini mempunyai sumber protein.
Tapak pelabuhan - Kawasan di sepanjang pinggir pantai mempunyai potensi untuk dibina pelabuhan Kawasan di pinggir laut yang terlindung daripada tiupan angin kencang dan laut dalam sesuai dibina pelabuhan. Ia juga penting untuk kegiatan perdagangan antarabangsa.

Perikanan menjadi sumber ekonomi yang penting bagi penduduk di sepanjang pinggir pantai dan di pulau-pulau. Laut menjadi sumber bekalan ikan yang utama. Oleh itu, banyak pelabuhan perikanan yang dibina di sepanjang pinggir laut Malaysia.

kawasan tanah pamah di sekitar Bandar Kuala Berang memang sesuai dijadikan tapak perusahaan. Keadaan tanah yang rata membolehkan pihak MARDED mendirikan kilang memproses getah. Bekalan getah diperoleh daripada pekebun-pekebun kecil atau lading getah FELCRA Dan RISDA.

Kawasan Taman Bukit Utama yang berbentuk muka bumi tanah tinggi ini sesuai untuk kegiatan pembalakan. Sesetengah kawasan ini diliputi hutan belantara yang membolehkan kawasan ini sesuai untuk menjalankan kegiatan pembalakan. 

Peranginan dan pelancongan - Kawasan tanah tinggi yang berudara segar dan mempunyai pemandangan yang indah. Pinggir pantai yang menarik menjadi tumpuan rekreasi dan pelancongan. Kawasan luar pantai pulau-pulau yang mempunyai pertumbuhan terumbu karang menerima ramai pelancong.

Selain potensi pertanian, kawasan tanah tinggi mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai pusat rekreasi dan eko-pelancongan. Pembinaan taman rekreasi ala Perancis di Bukit Tinggi, Pahang pada tahun 2001 menunjukkan bahawa masih ada kawasan tanah tinggi yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan pusat rekreasi dan pelancongan.

Kawasan pinggir laut Malaysia mempunyai pantai berpasir yang indah. Ciri yang menarik ini menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan utama kegiatan rekreasi dan pelancongan. Hotel bertaraf antarabangsa telah dibina di kawasan ini untuk menggalakkan industri pelancongan.

Sungai mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan sebagai pusat eko-pelancongan. Contohnya ialah aktiviti membawa pelancongan menyusur sungai dengan bot. Kemudahan sukan air dapat menarik pelancong. Selain itu, sungai mempunyai potensi dijadikan tempat penternakan ikan air tawar, kerang dan udang.


UPDATE: Tanah hak milik kerajaan tidak boleh dijadikan sebagai kawasan pilihan untuk dimajukan. 

*******************



Nota: DIINGATKAN kepada semua pelajar bahawa tidak boleh meniru sebulat-bulatnya jawapan di atas kerana peniruan adalah satu plagiat. Jawapan di atas adalah contoh panduan jawapan untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan sahaja. Adalah diingatkan semua hasil tugasan anda perlulah 100% original dan bukannya copy-paste. Jawapan di atas jika amat diperlukan, anda perlu olah mengikut ayat anda sendiri. 

Terpulang, nak markah penuh sila ikut cakap saya. 


*dalam proses*

77 comments:

  1. hope u can update it faster... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka Hati Jeee

      Delete
    2. boleh saya tanya? kawasan perumahan saya memang tanah milik kerajaan. tapi tanah hak milik kerajaan tak boleh jadikan kawasan berpotensi. apa patut saya buat?

      Delete
    3. Buat ah tanah milik orng lain

      Delete
    4. Hi Cikgu....I need your help teacher

      Delete
  2. kawasan hak kerajaan boleh dimajukan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cg kta x blh

      Delete
    2. tak boleh kerana itu hak kerajaan hanya hak milik persendirian atau tanah kosong shaja yg boleh

      Delete
    3. kalau kita mohon pada kerajaan??

      Delete
    4. tidak boleh

      Delete
    5. cuba tanya najib nanti dia bagi kat kau

      Delete
  3. Tc kalau dekat felda ape yg sesuai utk dilakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kirin_Foxy1234July 27, 2017 8:11 PM

      buatlah siber kafe.....itu cadangan akulah.....kalau taknak guna takpa...

      Delete
  4. Boleh saye tnye...apakah potensi yg terdapat pada taman permainan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau taman permainan....ada kemudahan sosial di taman perumahan anda....itu aja yang aku tahu

      Delete
  5. Saya nak markah penuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penghidap DiabetesJuly 09, 2017 5:47 PM

      Saya pon

      Delete
    2. Bukan kau sorang bruhh :(

      Delete
  6. Tq very much for helping me

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.apa.pandangan korang kalo saya ingin membuat hospital swasta di tempat hutan yg rata

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti pesakit awak semua haiwan

      Delete
    2. selalunya....cikgu geo akan menerima apa apa saja yang and hendak buat....kalau nak buat hospital swasta boleh....kalau ada huraian potensi...boleh je

      Delete
  8. kalau kawasan padi, benda apa yg boleh buat dengan padi tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadikan sUMBER NASI

      Delete
  9. Kalau dekat kpg bako apa yg boleh dibuat ye

    ReplyDelete
  10. nape xleh nk copy orang nk cari bahan untuk print ...kebanyakkan nya banyak isi dari blog ni je..takkan x leh nk copy kot///

    ReplyDelete
    Replies
    1. tekanlah print screen.. then bkk microsoft word tekan ctrl + v

      Delete
  11. Penghidap AsmaJuly 09, 2017 5:33 PM

    cane nii tk tahu nk pilih apeeee smsdkfcn,sdnsmvgdm snjg n

    ReplyDelete
  12. Knp bila cari bahan ada blog ni jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kalau tetiba allah dh gerakkan nk kasi awak nampak blog ni nk buat macamane...kan?
      #guraujerwp

      Delete
  13. please reply this asap. kalau wujudkn Taman rekreasi boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh... nk wujudkan ape2 pon bleh.. kebun cili, mini market, hotel mcm2 boleh

      Delete
    2. Boleh..dapat mudahkan penduduk untuk bersenam dan dapat mengelakkan daripada penduduk yang menghidapi obesiti

      Delete
    3. Apa lagi pitensi tmn rekreasi ek??sy pon buat tu hurmm

      Delete
  14. apakah cadangan yang boleh kita ambil untuk memajukan lagi taman gombak permai?

    ReplyDelete
  15. bilakah taman gombak permai ditubuhkan? please tlg jwbkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. search la google

      Delete
    2. TAHUN 1997

      Delete
  16. hemm.. bagus blog ni

    ReplyDelete
  17. boleh tak kalau saya nak print ? saya cuba , tapi tak boleh . so nak minta izin di approvekan ?

    ReplyDelete
  18. potensi ni die nak brp ? satu je ke ?

    ReplyDelete
  19. potensi memang listkan banyak atau satu dah memadai?

    ReplyDelete
  20. Mencabar betul soalan Geografi tahun ni.. nasib baik ada blog ni..

    ReplyDelete
  21. Hai , kawasan saya ialah kawasan tanah pamah . Sesuai dijadikan sebagai kawasan pertanian , pada pendapat anda , apakah potensi sampingan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. taman botani
      industri sarang burung

      Delete
    2. pembinaan rumah..disebabkan penduduk yang terlalu ramai menyebabkan kawasan menjadi padat....

      Delete
  22. nape takleh print????

    ReplyDelete
  23. thanks a lot!

    ReplyDelete
  24. khamsahamida for a good tips

    ReplyDelete
  25. Sy nak buat pasar mini dkt desa bgi memudahkn penduduk membekalkn kprluan harian . halangan ?

    ReplyDelete
  26. kalau nk buat pusat tuisyen boleh ke??

    ReplyDelete
  27. Biasanya kalau tanah tepi sungai tanah kerajaan ke tanah hak milik persendirian?

    ReplyDelete
  28. kenapa aku try print nda dpt ni?? adoii

    ReplyDelete
  29. apakah potensi taman rekreasi ya ?

    ReplyDelete
  30. klau kita majukan dari segi pelancongan saja boleh tk ekh..

    ReplyDelete
  31. esk dh kena hntar woiii

    ReplyDelete
  32. Bpe ribu nk buat taman rekleasi
    Agak ii berapa

    ReplyDelete
  33. Agak ii berapa kos nak buat taman rekleasi ini

    ReplyDelete
  34. kawan2 dah bentang? haha

    ReplyDelete
  35. goodluck pt3 bagi batch 02 2017!! do da best <3

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®